Penanjong Garison, 31 Oktober 2019 – Sesi Muzakarah YM Komandan Institut Latihan ABDB (IL ABDB) bersama graduan Konvokesyen Institut Latihan Pendidikan Teknikal Brunei ke-27 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Markas IL ABDB.
Majlis Konvokesyen IBTE ke-27 yang telah berlangsung pada 28 Oktober 2019 telah menyaksikan kejayaan para graduan yang terdiri daripada 11 orang anggota rekrut yang sedang menjalani latihan rekrut Pengambilan ke-165 dan juga 20 orang peserta Kursus HNTEc dalam bidang Kejuruteraan Otomotif dan NTec dalam bidang Armanent and Instrument Maintenance iaitu kursus kolaborasi Cawangan Latihan Teknikal Darat bersama IBTE.
Di Majlis Konvokesyen tersebut seramai 08 anggota rekrut telah menerima sijil HNTec iaitu 53385 Rek Amierul Eizlan, 53400 Rek Md Nur Hazmi, 53405 Rek Md Reduan, 53503 Rek Md Nur Hazman, 53513 Rek Md Afif, 53331 Rek Md Rafie, 53502 Rek Md Hakimin dan 53304 Rek Md Adil Aiman. Manakala 11 anggota yang selebihnya telah menerima sijil NTec iaitu 53288 Rek Md Hadi, 53269 Rek Hadi Ridhwan, 53467 Rek Md Khairul Yazid, 53419 Rek Md Airon Azimeen, 53430 Rek Aiman, 53438 Rek Md Nabil Harith, 53458 Rek Mohd Azhari Azmi, 53461 Rek Md Afwan Syukran, 53496 Rek Md Azwar Safwan, 53263 Rek Ady Asrin dan 53376 Rek Yasiin.
Sementara itu, seramai 06 anggota kursus NTec dalam bidang Armanent and Instrument Maintenance telah lulus dan menerima sijil NTec iaitu 16562 Kpl Md Norshahraini bin Haji Abdullah, 19640 LKpl Ak Abd Aziz bin Pg Hj Abdul Rahman, 19621 LKpl Mohd Hazmi bin Jaini, 17440 LKpl Pg Mohd Khairul Arifin bin Sabtu, 17229 Kpl Pg Khairul Nasron bin Pg Saifuddin dan 17233 Kpl Md Ridzuan bin Japri. Penerima Anugerah IBTE Best Student Best Award 2019 disandang oleh 19640 LKpl Ak Abd Aziz bin Pg Hj Abdul Rahman manakala Anugerah IBTE Student Special Award 2019 telah disandang oleh 17440 LKpl Pg Mohd Khairul Arifin bin Sabtu.
Seramai 10 anggota peserta kursus HNTEc dalam bidang Kejuruteraan Otomotif telah menerima lulus dan menerima sijil HNTec iaitu 15916 Sjn Fadillah bin Zaini, 16788 Kpl Hazimin bin Haji Mohammad, 17001 Kpl Admirul Rizal bin Arbi, 18336 Kpl Aizuddin bin Ramli, 18717 Kpl Ak Hj Fauzi bin Pg Hj Metersad, 18886 Kpl Ak Jefree bin Pg Abd Rahman, 21456 Kpl Suzyanee bin Manaeh, 17462 LKpl Hj Qawiy Abd Azim bin Hj Awang, 19259 LKpl Aisamuddin bin Awg Bazlan dan 19408 LKpl Muhd Habib bin Wahid.
Seterusnya, seramai 04 peserta kursus telah menerima sijil HNTec dalam bidang Mechanical Engineering iaitu 15719 Sjn Hj Mohd Faizal bin Hj Bolkini, 16404 Sjn Hj Mohd Mazidee bin Hj Abd Ghani, 21332 Sjn Erna binti Mahari dan 17590 Kpl Muhd Nasrullah Wafri @ Jusip bin Hj Abd Kadir.
Sehubungan dengan YM Komandan menyatakan ucapan penghargaan dan tahniah di atas kejayaan anggota-anggota tersebut, dan seterusnya memberikan kata-kata nasihat dan rangsangan kepada mereka untuk terus berjaya khususnya dalam bidang ketenteraan. Tambah YM Komandan lagi, amatlah penting untuk menjaga imej ‘Calak Askar’ bagi memastikan anggota untuk sentiasa beringat-ingat bahawa mereka adalah anggota yang beruniform walaupun di mana mereka berada. Ilmu disertakan pengetahuan dan seterusnya membuahkan pengalaman. Jika semua tiga perkara ini disatukan amatlah kuat sekali untuk menjadikan seorang anggota ABDB yang mantap.
Sesi tersebut diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr dan bergambar ramai.




