merintis.jpgSUNGAI BASONG, TUTONG, Khamis, 31 Oktober 2019 – Perlawanan Merintis Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah diadakan bertempat di Sungai Basong, Tutong.

Perlawanan tersebut adalah bertujuan untuk menguji tahap kemahiran membaca peta Askar Wanita ABDB (AW ABDB) dalam mencari check-points yang telah disediakan oleh pihak Penganjur iaitu Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) mengikut jangka masa yang telah ditetapkan iaitu selama 1 jam (60 minit). Ia juga untuk menguji tahap fizikal dan mental AW ABDB. Selain daripada itu, perlawanan ini pada masa yang sama bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim Askar Wanita ABDB dari kesemua unit.
Bagi perlawanan pada kali ini, Pasukan Merintis AW IL ABDB terdiri daripada 10 anggota bagi Kategori Berkumpulan iaitu 02 Pegawai, 02 PTB Kanan dan 06 PTB Rendah. Manakala Kategori Perseorangan terbahagi kepada 04 Kategori iaitu Kategori 40 Tahun ke atas, Kategori 35–39 Tahun, Kategori 30–34 Tahun dan Kategori 29 Tahun ke bawah. 
Johan bagi Perlawanan Merintis AW ABDB pada tahun ini ialah Pasukan AW TDDB, Naib Johan jatuh kepada Pasukan AW KEMENTAH dan Pasukan AW TUDB memenangi tempat ketiga. Sementara Pasukan AW TLDB dan Pasukan AW IL ABDB masing-masing menduduki tempat keempat dan tempat kelima.
21189 PW2 Normasliana binti Haji Munap dari Sekolah Infantri, IL ABDB telah memenangi tempat ketiga bagi Kategori 40 Tahun ke atas manakala 22060 Sld Dk Siti Nur Azlina Wahyuni binti Pg Hamdani dari Markas IL ABDB berjaya mendapat tempat ke lapan bagi Kategori Top 10 masa terpantas. 
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Perlawanan Merintis tersebut sekaligus menyampaikan hadiah kemenangan ialah 407 Leftenan Kolonel Siti Isah binti Haji Abu Talip, Pegawai Turus Keanggotaan, Jabatanarah Keanggotaan.
merintis.jpg