
Penanjong Garisson, 29 Oktober 2019 – Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Hj Duraman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah hadir untuk sesi perjumpaan bersama pegawai-pegawai yang menjalani kursus di Institut Latihan, Penanjong Garison. Sesi perjumpaan tersebut bertujuan untuk mengongsikan cara untuk meningkatkan nilai-nilai professionalisma dalam keperibadian seorang Pegawai Tentera terutama sekali dalam meningkatkan kecekapan, Keterampilan dan Kebajikan anggota-anggota yang dipimpin.
Beliau mula dengan menyatakan nilai yang pertama iaitu Menambah Tahap Ketenteraan. Sebagai pegawai, seseorang itu perlu memiliki pemikiran dan ketahanan jasmani yang tinggi. Seorang pegawai perlu berpengetahuan dan peka mengenai persekitarannya serta mempunyai keberanian sebagai seorang ketua. Seterusnya beliau menekankan kepentingan memelihara imej yang baik.
Sesi diakhiri dengan menyentuh perkara kebajikan. Beliau menyatakan bahawa seorang ketua perlu ada rasa ingin tahu dan peka mengenai kebajikan anggota-anggota yang dipimpin.


Penanjong Garison, October, 29 Tuesday 2019 – Yang Mulia Colonel Mohammad Shafiee bin Hj Duraman, the Commandant of Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) had a session with officers who are currently undergoing courses in TI RBAF. The aim of the session was to deliver three main professional attributes required as military officer namely Self Development, Appearance and Welfare.
He started off with explaining his first point on self development. As an officer, the individual must have strong mental perseverance and physical endurance. Officer’s need to be knowledgeable and aware of their surroundings and have the courage to lead their men by example. As military officers, one needs to be presentable and immaculate in terms of their turn out to set good example. He ended with emphasizing the importance of welfare. He stated that as a leader must take care of their men’s welfare by knowing their background and identify their strength and weaknesses.