PENANJONG GARISON, ISNIN, 22 Julai 2019. Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Doa Selamat bagi PerlaksanaanRegional Jungle Warfare Symposium 2019 (RJWS 2019) di Dewan Nikmat, Penanjong Garison. Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk menghargai penglibatan semua pihak daripada pelbagai agensi, termasuk Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Unit-unit ABDB yang telah menjayakan
RJWS 2019.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Komandan IL ABDB, Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman. Turut Hadir ialah Pegawai-Pegawai Jemputan dan wakil-wakil daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Unit-unit ABDB, Pegawai Kanan IL ABDB, Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah IL ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat Majlis. Dalam ucapan penghargaan beliau, Yang Mulia Komandan IL ABDB menyampaikan rasa syukur kehadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala diatas kejayaan perlaksanaan
RJWS 2019. Kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama yang kukuh dan persahabatan yang erat diantara IL ABDB dan pelbagai agensi-agensi kerajaan serta Unit-unit ABDB. Beliau juga menekankan bahawa
RJWS 2019 tidak akan berjalan dengan lancar tanpa usaha gigih daripada kesemua pihak dalam menjalankan peranan, tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Majlis diteruskan dengan bacaan Doa Selamat, tayangan
video perlaksanaan
RJWS 2019 serta penyampaian cenderahati kepada anggota-anggota yang terlibat sebelum diakhiri dengan sesi
bergambar ramai.
video perlaksanaan
RJWS 2019 serta penyampaian cenderahati kepada anggota-anggota yang terlibat sebelum diakhiri dengan sesi
bergambar ramai.