
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis dan seterusnya menyempurnakan majlis penyampaian kenaikan pangkat kepada Pegawai Waran dan PTB-PTB Kanan IL ABDB ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan IL ABDB.
Majlis pada kali ini adalah bagi kenaikan pangkat seramai 20 anggota Pegawai Waran dan PTB Kanan IL ABDB iaitu 5 anggota ke pangkat Pegawai Waran Dua Tetap, 1 anggota ke pangkat Pemangku Staff Sarjan, 6 ke pangkat Sarjan Tetap dan 8 anggota ke pangkat Pemangku Sarjan.
Bagi memberkati majlis, doa selamat telah dibacakan oleh Yang Mulia 18142 Sjn Ekramul Uttamah bin Abdullah. Majlis pada hari tersebut turut diserikan dengan kehadiran isteri-isteri anggota yang dinaikkan pangkat.


