ptbrndh1.jpg​PENANJONG GARISON, Khamis, 11 Julai 2019 – Satu Majlis Penyampaian Kenaikan Pangkat bagi PTB-PTB Rendah IL ABDB telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Nikmat, IL ABDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis dan seterusnya menyempurnakan majlis penyampaian kenaikan pangkat kepada PTB-PTB Rendah IL ABDB ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan IL ABDB.
Majlis pada kali ini adalah bagi kenaikan pangkat seramai 36 anggota PTB Rendah IL ABDB iaitu 7 anggota ke pangkat Koperal Tetap, 9 anggota ke pangkat Pemangku Koperal, 10 ke pangkat Lans Koperal Tetap dan 10 anggota ke pangkat Pemangku Lans Koperal.
Bagi memberkati majlis, doa selamat telah dibacakan oleh Yang Mulia Awang Sukaimi bin Haji Abdullah, Guru Agama Surau Al-Hikmah.
ptbrndh1.jpg
ptbrndh2.jpg
ptbrndh3.jpg
ptbrndh4.jpg