
Majlis dimulakan dengan doa yang dibacakan oleh 1123 Lt Abdul Mu’iz bin Zulkifli dan seterusnya diteruskan dengan penyampaian Kupon-kupon minuman daripada Yang Mulia Komandan IL ABDB kepada ahli-ahli mes Pegawai serta petugas-petugas mes.
Adapun tujuan pembahagian minuman tersebut diadakan adalah salah satu inisiatif Mes, sedikit sebanyak dapat menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ianya juga dapat meringankan dan membantu bagi setiap ahli-ahli Mes yang mana ianya adalah satu tradisi semua Mes di dalam ABDB pada setiap tahun bila menjelangnya Hari Raya Aidilfitri. Majlis diakhiri sesi bergambar ramai bersama ahli-ahli mes Pegawai serta petugas-petugas mes Penanjong Garison.

