PENANJONG GARISON, KHAMIS 16 MEI 2019 – Ceramah Khas Kuliah Zuhur sempena Hari Keluarga Kebangsaan telah disampaikan oleh Yang Mulia Dr Zulkifli bin Haji Zakaria daripada Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Negara Brunei Darussalam yang telah berlangsung di Surau Al-Hikmah Penanjong Garison.
Hadir dimajlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Muhammad Shafiee Bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Timbalan Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan, PTB-PTB Rendah, anggota rekrut dan anggota yang berkursus di Penanjong Garison.
Majlis dimulakan dengan sembahyang fardhu Zuhur berjemaah diikuti dengan Kuliah Zuhur yang bertajuk Keluargaku Harapanku Pendidikan Ramadhan Yang Berkesan.


