BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 Mei 2019 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja.
Bagi menyemarakkan lagi suasana di bulan Ramadhan, aktiviti keagamaan tersebut telah diadakan bagi Paduka Ayahanda dan Paduka Bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, iaitu Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman. 
Rombongan berkenaan diketuai oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee Bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Muhammad Syakir Farhan bin Haji Omar dari Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.
DSC_0109.JPG
DSC_0103.JPG