PENANJONG GARISON, Isnin, 29 April 2019 -  Kempen Menderma Darah telah diadakan pada hari ini bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-58. Kempen tersebut telah diadakan bertempat di Dewan Nikmat dan disertai oleh warga Penanjong Garison. Antara yang hadir pada kempen tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Timbalan Komandan Institut Latihan ABDB.
Kempen pada kali ini telah berjaya mendapatkan lebih dari 100 unit darah untuk Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
Kempen Menderma Darah tersebut merupakan salah satu aktiviti yang dirancang bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-58 dan dihasratkan sebagai sumbangan pihak ABDB dalam membantu masyarakat di negara ini untuk mendapatkan bekalan darah apabila dalam kecemasan.
DSC_0207.JPG
DSC_0175.JPG