
Pembacaan Al-Quran adalah antara matapelajaran asas keugamaan yang diterapkan kedalam silibus pembelajaran para rekrut lelaki dan wanita dan Majlis Khatam Al-Quran ini adalah bertujuan untuk meraikan kejayaan para Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-163 yang telah selamat sempurna menamatkan pembacaan Al-Quran 30 juzuk.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Lt Kol Abdul Rajid Bin Haji Zainie, Ketua Sel Inspektorat Institut Latihan ABDB. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah IL ABDB serta warga Kompeni Rekrut Institut Latihan ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah-Surah Al-Quran dan diikuti dengan bacaan Takhtim serta Dikir Marhaban sebelum disudahi dengan Sembahyang Fardhu Zohor berjemaah. Majlis Khatam Al-Quran ini dihasratkan agar dapat mendorong warga Institut Latihan amnya dan para rekrut khasnya untuk sentiasa mengamalkan dan mempraktikkan pembacaan Al-Quran dalam kehidupan seharian supaya sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.


