DSC_0109.JPGPENANJONG GARISON, Isnin 25 MAC 2019 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan Kempen Derma Darah bersempena dengan Sambutan Jublee Emas penubuhan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Kempen ini disertai oleh ahli tetap anggota Institut Latihan ABDB dan kakitangan awam. Sebanyak 30 pain darah telah berjaya dikumpulkan dalam kempen yang mengambil tempat di Dewan Nikmat Institut Latihan ABDB dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).
Tujuan Kempen derma darah ini diadakan agar dapat memberikan kesedaran anggota Institut Latihan ABDB dalam mengamalkan cara hidup yang sihat dan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat serta memahami keperluan semasa. 
Dengan adanya kempen ini, anggota Institut Latihan ABDB dapat menyumbang dan mengumpulkan bekalan darah di negara ini dan secara tidak langsung dapat membantu kepada pesakit-pesakit yang memerlukan. 
DSC_0122.JPG