
Turut hadir diupacara tersebut ialah Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah. Ejutan, Kapten Khairul Anwar bin Haji Abdul Latif menerima Tabik Hormat dan seterusnya memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri dari pasukan askar lelaki dan wanita Institut Latihan ABDB dan pasukan Pancaragam.
Perbarisan diketuai oleh Yang Mulia Kapten Mohammad Fadhil bin Dato Paduka Haji Muhammad Said selaku Pemangku Pegawai Memerintah Sekolah Pertukangan Tentera.
Upacara diteruskan lagi dengan menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Ejutan diantara Yang Mulia Kapten Khairul Anwar bin Haji Abdul Latif dengan Yang Mulia Kapten Mohammad Asri bin Haji Awang Ahmad.
Sebagai Ejutan Institut Latihan yang baharu, Yang Mulia Kapten Mohammad Asri bin Haji Awang Ahmad seterusnya menerima Tabik Hormat dan kemudian memeriksa Kawalan Kehormatan.


