PENANJONG GARISON, KHAMIS 21 FEBRUARI 2019. Upacara Penutup Kursus bagiRQMS/KMSR sesi 2018 telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Seramai 10 anggota telah menamatkan kursus tersebut yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei seramai seorang, 02 orang daripada Tentera Laut Diraja Brunei, 02 orang daripada Tentera Udara Diraja Brunei, 02 orang daripada Institut Latihan ABDB, 02 orang daripada Kementerian Pertahanan, dan seorang daripada unit ASMDB. Kursus
RQMS/KMSR ini berjalan selama 6 minggu yang dikendalikan Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB. Ianya adalah salah satu kursus kerjaya yang harus dihadiri sebelum melayakkan memegang jawatan sebagai
RQMS/KMSR dalam Kuartermaster dan unit-unit dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Hadir selaku Tetamu Kehormat, 583 Mejar Mohd Ubaidy bin Mohd Umbu, Pemangku Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB. Turut hadir Pegawai Latihan Logistik, Pegawai-pegawai jemputan dari unit Tentera Laut Diraja Brunei dan Jama’at serta Jurulatih-Jurulatih. Penutup Kursus diadakan di Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB.
16728 SSjn Norhasrin bin Asli dari unit Jama’at telah terpilih menjadi Penyampai Pembentangan Terbaik Perseorangan dan Kertas Kerja Terbaik manakala Penuntut Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh 21001 Pw2 Siti Noorhaini bte Ali Hassan dari unit Tentera Laut Diraja Brunei.
Yang Mulia Tetamu Kehormat dalam ucapannya bahawa perserta kursus telah didedahkan berkenaan dengan pengurusan dan tanggungjawab sebagai seorang
RQMS/KMSR didalam Kuartermaster dan Logistik. Apa yang diharapkan para peserta kursus ini supaya akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang tinggi dengan memahami undang-undang keselamatan yang sedia ada.
RQMS/KMSR didalam Kuartermaster dan Logistik. Apa yang diharapkan para peserta kursus ini supaya akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang tinggi dengan memahami undang-undang keselamatan yang sedia ada.
