PENANJONG GARISON, RABU, 06 FEBRUARI 2019 – Majlis Pembukaan Tilawah Al-Quran sampena Jubli Emas telah berlangsung di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison dan dihadiri oleh Pegawai- Pegawai, PTB- PTB Kanan dan anggota lain-lain peringkat dan yang berkursus di Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Turut sama hadir adalah anggota Rekrut lelaki pengambilan ke 163 dan 164.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis bagi majlis ini ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Rajid bin Haji Zainie, Timbalan Pegawai Turus Sel Inspektorat, Institut Latihan ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan bacaan surah Al- Baqarah. Dengan pembukaan Majlis Tilawah tersebut bermulalah bacaan Al- Quran bagi 50 kali khatam bagi anggota- anggota Institut Latihan.