PENANJONG GARISON, Isnin, 07 Jan 2019 – Majlis Pembukaan Kursus PTB Kanan Kerani Siri 1/2018 telah diadakan hari ini di Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh 828 Mej Dyg Siti Nur’Afiqah bte Hj Awg Morsidi, Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB. 
Kursus ini dihadiri oleh 20 anggota PTB Kanan dari ABDB, 7 anggota dari Kementerian Pertahanan, 4 anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei, 5 anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei, 3 anggota dari IL ABDB dan 1 anggota dari Unit Akademi Pertahanan.
Kursus PTB Kanan Kerani Siri 1/2018 akan dikendalikan selama 7 minggu oleh Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera, IL ABDB.  Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan bagi semua anggota yang akan memegang jawatan Ketua Kerani dan Pembantu Staf Luar Negeri serta mendapatkan hasil yang boleh dijadikan sebagi contoh platform perkeranian yang berpengetahuan di dalam ABDB. 
Beliau menegaskan setiap kerani hendaklah menguasai bahasa Inggeris walaupun tidak mempunyai kemahiran dalam berkomunikasi. Beliau menyarankan PTB Kanan Kerani Siri 1/2018 bukanlah menghadiri Kursus untuk kenaikan pangkat sahaja tetapi bagi menaiktaraf kualiti kerja yang sebanding dengan anggota yang memegang pangkat Staf Sarjan dan lebih baik lagi mencapai ketahap mutu Pegawai Waran keatas, dengan cara sikap ‘ingin tahu’ dari peserta kursus mesti diguna pakai didalam kursus ini mahupun di Unit nanti.
kursusa1.jpg