PENANJONG GARISON, 28 November 2016. Taklimat Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok bagi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB)Taklimat ini telah diadakan di Rumah Masak, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) pada 28hb November 2016 yang dihadiri oleh lebih dari 200 orang anggota ABDB yang termasuk Pegawai-pegawai IL ABDB, PTB-PTB Kanan, PTB-PTB Rendah dan juga Rekrut Pengambilan ke 157.
Majlis juga diserikan dengan kehadiran 376 Lt Kol Hajah Asnah bte Hj Matamit, Pegawai Turus Kewangan, Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan yang juga sama-sama memberikan pencerahan mengenai skim takaful yang dimaksudkan. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh wakil Jama’at IL ABDB iaitu 16982 Sjn Mohd Harun Al Rasyid bin Hj Hussin. Seterusnya majlis disempurnakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pegawai Gaji IL ABDB. Wakil-wakil dari Takaful Brunei Darussalam yang hadir adalah Pegawai Eksekutif Takaful Brunei iaitu Sufian bin Mohd Yusof yang juga selaku penyampai taklimat dan Pembantu Pegawai Pemasaran iaitu Adrin bin Abdul Latif dan Sadrini bin Hj Mohd Said.
Di antara perkara-perkara yang dibincangkan semasa taklimat adalah skop perlindungan yang ditawarkan oleh pihak Takaful Brunei , jenis-jenis pampasan yang diberikan, pengecualian am, cara membuat tuntutan dan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa membuat tuntuan. Taklimat juga disusuli dengan sesi soal jawab. Seterusnya, Pegawai Turus Kewangan juaga berkesempatan memberi penerangan yang lebih lanjut mengenai Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok.
Selepas itu, majlis juga menjemput tetamu kehormat majlis, 444 Mej Muhd Suradzin bin Hj Muhd Yusof, Timbalan Pegawai Turus Sel Inspektorat IL ABDB bagi memberikan ucapan penutup dan seterusnya majlis ditutup dengan bacaan doa Al A’sr oleh 16982 Sjn Mohd Harun Al Rasyid bin Hj Hussin. Taklimat ditutup dengan sesi bergambar ramai bersama Pegawai-pegawai IL ABDB dan juga Pegawai-pegawai Takaful Brunei.

