Kg Meriam Temburong, Isnin, 21 November 2016 -  Eksesais Pahlawan Mantap (Counter Insurgency Warfare) bagi Kurus Ketua Kompeni siri 03/2016, Kursus Tempur Platun Sarjan sesi 2016 dan Kursus Penolong Ketua Seksyen sedang di laksanakan dikawasan hutan TEM LP311 Daerah Temburong bermula pada 17 Nov 2016 hingga 25 Nov 2016. Pada Hari ini rombongan dari Markas IL ABDB yang diketuai oleh Yang Mulia Kolonel Awang Khairul Hamed bin Hj Awang Lampoh, Komandan IL ABDB dan juga pegawai-pegawai kanan serta RSM IL ABDB telah turun padang membuat lawatan bagi meninjau dengan lebih dekat akan perlaksanaan Eksesais Pahlawan Mantap.
Lawatan ini juga menunjukkan komitment dan keperihatinan pihak atasan dalam memastikan mutu dan piawaian latihan dikendalikan dengan baik dan teratur umumnya dari segi perlaksanaan latihan dan keselamatan. Dimulakan dengan ucapan selamat datang oleh Mej Edham Penolong Peg Memerintah Sekolah Infantri selaku pegawai pengendali Eksesais Pahlawan Mantap dan seterusnya diikuti dengan taklimat operasi yang disampaikan olehpeserta Kursus Ketua Kompeni iaitu Mej Mohd Hishamuddin. Taklimat Latihan juga disampaikan oleh Mej Hj Md Airul iaitu Pengarah Latihan bagi menerangkan urutan kejadian dan latihan yang berjalan semasa Eksesais Pahlawan Mantap ini dilaksanakan.
Sebelum mengakhiri lawatan, rombongan menyaksikan hukuman perintah serang hendap yang disampaikan oleh
peserta Kursus Ketua Kompeni iaitu Mej Ahmad Bohare. Disamping itu juga yang mulia Komandan IL ABDB 
menyampaikan kata-kata nasihat dan mengingatkan kepada pengendali Eksesais tentang keselamatan dari 
semua aspek perlaksanaan latihan sebelum meninggalkan kawasan latihan.
 

DSC 0131

DSC 0142

DSC 0145