PENANJONG GARISON, Jumaat, 07 Disember 2018 – Majlis Penutup Kursus Penyelia dan Pengawas Padang Tembak Siri 3/2018, Cawangan Latihan Senjata Ringan telah berlangsung di Mes Sarjan, Penanjong Garison. Seramai 49 anggota tentera telah mengikuti kursus ini yang terdiri dari Tentera Darat Diraja Brunei seramai 24 anggota, Tentera Udara Diraja Brunei seramai 08 anggota, Institut Latihan (IL ABDB) seramai 06 anggota, Regimen Pasukan Khas seramai 05 anggota dan Kementerian Pertahanan seramai 06 anggota.
Kursus ini dijalankan selama lapan minggu bertujuan untuk melahirkan serta melayakkan Pegawai-Pegawai dan PTB-PTB Kanan supaya berkemahiran dan berpengetahuan didalam tatacara pengendalian padang tembak. 1010 Lt Shazwani binti Ali telah merangkul ‘Penuntut Terbaik Keseluruhan’ dan ‘Penuntut Terbaik Teori’ manakala bagi ‘Penuntut Terbaik Amali’ diraih oleh 1017 Kapt Siti Syamimi binti Hj Emran.
Tetamu Kehormat bagi majlis penutupan tersebut ialah Yang Mulia Mej Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Ketua Jurulatih IL ABDB. Yang Mulia Tetamu Kehormat dalam ucapannya menerangkan antara isi penting yang ditekankan dalam kursus pengawas penyelia padang tembak ini bukan sekadar kursus mandatori bagi kenaikan pangkat tetapi ianya penting untuk dipraktikkan apa yang telah diajarkan sebagai garis pandu apabila sudah kembali ke unit masing – masing. Pada masa yang sama beliau juga menyarankan agar menggunakan pengalaman dan kemahiran sebaik mungkin dan secara berterusan. Sebagai penyelia dan pengawas padang tembak, anggota tersebut memikul tanggungjawab yang besar dan perlu mengambil perhatian dan komitmen yang penuh terutama sekali didalam aspek keselamatan. Acara kemuncak bagi majlis tersebut diikuti dengan bacaan doa selamat dan sesi bergambar ramai.
![]()
![]()