​PENANJONG GARISON, Selasa, 15 November 2016 - Sekolah Infantri Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada hari ini telah menerima lawatan kerja daripada Yang Mulia Brigadier Jeneral Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei. Lawatan beliau telah disambut oleh Yang Mulia Kolonel Awang Khairul Hamed bin Hj Awang Lampoh, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan juga Pegawai-Pegawai Kanan daripada Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).

Turut hadir bagi mengiringi lawatan kerja Pemerintah Tentera Darat ialah Timbalan Pemerintah Tentera Darat dan beberapa Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat Diraja Brunei. Adapun sebahagian tujuan lawatan kerja tersebut adalah bagi meninjau dengan lebih dekat akan kursus Junior Officer Tactic Course (JOTC) yang telah bermula pada 10 Oktober 2016 dan akan tamat pada 25 November 2016.
Lawatan ini menunjukan komitment dan keperihatinan pihak atasan dalam memastikan mutu dan piawaian pengendalian kursus di IL ABDB. Lawatan dimulakan dengan sesi perbincangan diantara Pemerintah dan Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat Diraja Brunei dengan Komandan dan Pegawai-Pegawai Kanan Institut Latihan dan seterusnya diikuti dengan taklimat yang disampaikan oleh Mejar John Gardener, Pegawai Tadbir kursus JOTC sebelum dibawa berjumpa dengan peserta kursus di bilik sindiket masing-masing. Lawatan diakhiri dengan acara bergambar ramai diantara pegawai-pegawai daripada kedua-dua unit.

clf2

CLF4

clf3