Penanjong Garison, 31 Oktober 2016 - Majlis Pembukaan Kursus Akaun Perkhidmatan Siri 4/2016 telah berlangsung di Cawangan Latihan Kewangan (CLKwgn), Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB pada jam 1030 Pagi. Majlis telah disempurnakan oleh 566 Mejar Siti Norlelawati binti Hj Emran selaku Pegawai Memerintah SPT IL ABDB. Seramai 25 orang peserta kursus dari pelbagai unit ABDB menghadiri kursus tersebut termasuk 5 orang pegawai berpangkat Kapten dan Leftenan serta 20 orang Lain-Lain Peringkat.
Kursus Akaun Perkhidmatan merupakan salah satu Kursus Mandatori SPK ABDB yang mesti dihadiri oleh Pegawai dan PTB Kanan ABDB. Kursus dijadualkan berjalan selama 3 minggu bermula dari 31 Oktober hingga 18 Nobember 2016. Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan dan tunjuk ajar berkenaan dengan tatacara pentadbiran Akaun – Akaun Perkhidmatan yang tedapat di dalam ABDB, dan sekaligus melayakkan seseorang menjadi Pemegang Akaun Perkhidmatan yang lebih efektif dan produktif. Dalam ucapan pembukaan, Pegawai Memerintah SPT IL ABDB menyeru agar semua peserta kursus menggunakan peluang yang diberikan sebaik mungkin dengan menimba ilmu perakaunan bersungguh-sungguh dan bukan hanya sekadar demi mencukupkan persyaratan kenaikan pangkat. Majlis pembukaan Kursus Akaun Perkhidmatan ABDB selesai pada jam 1130 pagi.
