PERKEMAHAN PENANJONG, Jumaat 28 Oktober 2016 - Seramai 05 orang peserta kursus yang terdiri daripada anggota-anggota Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Penjara telahpun menamatkan kursus Pembaikan dan Pemeliharaan Senjata Ringan bagi Agensi Luar Sesi 2/2016 yang bermula pada 05 September hingga 28 Oktober 2016. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Leftenan Kolonel Tamin bin Tuah, Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei.
Anugerah “Penuntut Terbaik Keseluruhan” telah dianugerahkan kepada 7013 APO Muhammad Fadiul Bahrey bin Bakri daripada Pasukan Polis Diraja Brunei. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Memerintah Cawangan Latihan Teknikal Darat, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB, pegawai-pegawai daripada Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Penjara.
Kursus yang dikendalikan selama 08 minggu ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas pemeliharaan dan pembaikan senjata ringan khusus kepada anggota-anggota daripada agensi-agensi beruniform yang lain selain daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Kursus ini juga dibukakan kepada Jabatan Kerajaan yang lain seperti Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Biro Kawalan Narkotik.