​Pangkalan TUDB, 21 Oktober 2016 – Seramai 25 askar wanita mewakili IL ABDB telah menyertai Kejohanan Sukan Olahraga Askar Wanita ABDB telah berlangsung di Kompleks Sukan TUDB, Pangkalan Rimba. bermula pada hari Rabu, 19 Oktober 2016 sehingga hari Jumaat, 21 Oktober 2016. Beberapa acara dipertandingkan sebagai pembuka tirai kejohanan termasuk acara lompat jauh terbuka, lontar peluru dan cekera terbuka, merejam lembing terbuka, larian 100m, 200m dan 400m terbuka, 1500m, 4x 100m gabungan veteran, 4x 400 gabungan terbuka dan 4 x 100m gabungan peringkat.
Secara keseluruhan, IL ABDB telah ditempatkan dalam kedudukan ke-tiga dengan memperolehi sebanyak 10 pingat: 1 emas, 4 perak dan 5 gangsa. Dalam acara lempar cekera, 21508 Lkpl Nur Izz’azzrrina Bte Burut dari Kompeni Rekrut telah berjaya meraih satu pingat emas bagi IL ABDB, manakala IL ABDB telah meraih pingat 4 pingat perak dalam acara lontar peluru, lompat jauh, 4x 100 Veteran dan 5 pingat gangsa.
Acara tersebut bukan sahaja menjadi satu aktiviti dalam meningkatan tahap kesukanan diantara askar wanita IL ABDB malahan ianya juga dapat dijadikan sebagai platform bagi menggalakkan askar wanita ABDB ke arah pencapaian bidang sukan dan olahraga yang mereka ceburi ke peringkat yang lebih tinggi.

IMG 20161019 WA00451IMG 20161019 WA0047