Penanjong Garison, 17 Oktober 2016 – Majlis Pembukaan Kursus Asas Pegawai Logistik Sesi 2016 telah berlangsung pada petang, 17 hb Okt 2016 bertempat di Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB . Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Jurulatih Institut Latihan ABDB, Mej Pg Noor Rumaizi bin Pg Othman dan turut dihadiri oleh Mej Siti Norlelawati binti Hj Emran selaku Pegawai Memerintah SPT IL ABDB, beserta jurulatih-jurulatih Kanan SPT IL ABDB. Kursus Asas Logistik ini dirancang berjalan selama 6 Minggu bermula 17 Okt sehingga 25 Nov 2016 dan dihadiri oleh beberapa pegawai berpangkat Leftenan dari unit TDDB, TLDB dan Kementerian Pertahanan ABDB.
Dalam ucapan pembukaan, Ketua Jurulatih IL ABDB meningatkan agar semua peserta kursus menggunakan peluang yang diberikan ini sebaik mungkin untuk menimba ilmu pengetahuan dan memantapkan diri sepanjang menjalani kursus ini. Kursus Asas Pegawai Logistik ini dijalankan setiap 2 tahun sekali yangmana kali pertama ianya dijalankan pada tahun 2013. Objektif kursus adalah untuk memberi pengenalan dan sekaligus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai yang baru memegang jawatan yang berkaitan dengan bidang logistik dan kuartermaster ABDB.
Pembelajaran dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu pelajaran teori, praktikal dan deployment. Ini adalah penting bagi memastikan pegawai-pegawai faham akan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pegawai logistik dan KM terutama sekali berkenaan dengan prosedur pembelian dan pembekalan peralatan tentera. Disamping itu mereka juga akan didedahkan berkenaan dengan tatacara pengurusan gudang stor serta perakuaan yang betul kerana faktor-faktor ini adalah kritikal dalam mencapai pengurusan yang efektif serta dapat membantu mengelakkan pembaziran dan sekaligus menjimatkan perbelanjaan demi mencapai hasrat kerajaan Negara Brunei Darusalam untuk berjimat cermat. Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab dan bergambar ramai.