​PENANJONG GARISON, JUMAAT 19 FEBRUARI 2016 -  Satu kempen kebersihan telah dijalankan keatas Masjid Kampong Bukit Panggal Tutong Daerah Tutong Negara Brunei Darussalam.

Kerja-kerja telah dilakukan oleh anggota Institut Latihan ABDB dan dihadiri oleh Yang Mulia, Kolonel Haji Abidin bin Haji Abd Hamid, Komandan Institut Latihan ABDB Penanjong Garison, para jemputan Jabatan Daerah Tutong, Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat, Daerah Tutong serta semua pihak yang menjayakan majlis ini semoga segala sumbangan kerjasama dan usaha yang diberikan akan mendapat ganjaran dari Allah Subhanahu Wataala jua, Aamiin.
Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison telah menganjurkan Kempen Kebersihan di kawasan Masjid Kampong Bukit Panggal Tutong, Daerah Tutong. Aktiviti gotong-royong itu turut disertai oleh Yang Mulia Kolonel Haji Abidin bin Haji Abd Hamid serta para jemputan. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa yang dipimpin oleh, Yang Mulia Zeimey bin Haji Ahim. Kempen Kebersihan kawasan Masjid Kampong Bukit Panggal Tutong, Daerah Tutong merupakan salah satu aktiviti sampingan yang dikendalikan oleh Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison dan dalam usaha untuk terus menjalinkan kerjasama yang lebih erat dalam hal ehwal kemasyarakatan dan berkebajikan dalam melaksanakan sumbangan tenaga dan amal jariah yang bermanfaat.
Dalam pada itu juga institusi mukim dan kampong juga mendapat manfaat bersama dengan interaksi yang kukuh antara dua institusi ini untuk bergiat aktif dan kukuh serta menjalankan tugas dan tanggungjawab bersama dalam memduli kepentingan masyarakat di Daerah Tutong ini dalam masjlis dan aktiviti yang berkebajikan seperti ini.