PENANJONG GARISON, JUMAAT 30 NOVEMBER 2018 - Upacara Penutup Kursus bagi Kompeni Kuarter Master Sarjan Siri 2/2018 telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Seramai 19 anggota telah menamatkan kursus tersebut yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei seramai 11 anggota, Tentera Udara Diraja Brunei seramai 02 anggota, Institut Latihan ABDB seramai 4 anggota dan Kementerian Pertahanan seramai 2 anggota. Kursus ini berjalan selama 3 minggu yang dikendalikan Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB.
Ianya adalah salah satu kursus mandatori bagi setengah anggota ABDB bagi kenaikkan pangkat dan membolehkan para anggotanya untuk melayakkan memegang jawatan yang ada didalam sub-unit. Selain dari itu kursus ini juga dibentuk untuk mempertingkatkan tahap pengetahuan serta kefahaman yang perlu ada bagi setiap anggota yang diamanatkan sebagai penyelanggara stor sub-unit di dalam angkatan tentera ataupun agensi pertahanan yang lain.
Hadir selaku Tetamu Kehormat, 583 Mejar Mohamad Ubaidy bin Umbu, Pemangku Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB. Penutup Kursus diadakan bertempat di Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB. Penuntut terbaik keseluruhan telah disandang oleh 16955 Sjn Pg Amirrul Huzaimie bin Pg Hj Kamaluddin dari unit Institut Latihan ABDB.
Yang Mulia tetamu kehormat dalam ucapannya bahawa perserta kursus telah di dedahkan berkenaan dengan perakaunan dan borang-borang yang digunakan didalam sub-unit serta tatacara permintaan keperluan harian ke kuarter master, apa yang diharapkan, para perserta kursus ini supaya akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang tinggi dengan memahami undang-undang keselamatan yang sedia ada.