DSC 0205PENANJONG GARISON, Selasa, 27 November 2018
– Majlis Makan Malam Beradat bagi Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Sesi 2018 telah berlangsung di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan Penanjong Garison. Tetamu Kehormat Majlis Makan Malam Beradat tersebut ialah Yang Mulia Pegawai Waran Satu (FSM) Ahmad bin Haji Abd Kadir, Sarjan Mejar Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Pengerusi bagi Majlis Makan Malam Beradat tersebut ialah 13171 PW2 Bahrin bin Mohammad, salah seorang peserta kursus daripada sindiket 10.


Majlis Makan Malam Beradat tersebut merupakan salah satu aktiviti dalam
Table Top Planning dan
Table Top Execution yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta kursus dalam membuat perancangan, penyusunan, pengarahan, pengawalan dan melaksanakan tugas yang diberikan. Objektif utama Majlis Makan Malam Beradat dijalankan adalah untuk melihat usaha, kerjasama dan semangat berpasukan peserta kursus dalam mengurus dan melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan. Ia juga bertujuan untuk menambah dan berkongsi ilmu pengetahuan pengalaman pendapat serta berkeupayaan dalam meningkatkan kemahiran mentadbir dan mengurus serta pada masa yang sama menjana kematangan berfikir yang kritis kreatif dan berdaya saing. Selain itu, peserta kursus juga dapat beramah mesra dan mengeratkan hubungan silaturahim dengan Jemputan-jemputan dan PTB-PTB Kanan.


Yang Mulia Tetamu Kehormat dalam ucapanya menyatakan bahawa Majlis Makan Malam Beradat merupakan satu budaya atau tradisi formal bagi anggota tentera yang lazimnya dibuat bagi meraikan majlis-majlis tertentu seperti perpisahan pemerintah-pemerintah unit, sarjan mejar-sarjan mejar rejimen unit dan sebagainya tanda penghormatan kepada mereka yang diraikan bagi mengenang khidmat jasa bakti yang telah disumbangkan kepada ABDB. 


Selain itu, ia juga untuk memberikan pendedahan kepada ahli-ahli mes tentang etika mes sekaligus memberi peluang kepada anggota tentera untuk beramah mesra secara formal dengan ahli-ahli mes mengikut tradisi dan prosedur yang telah ditetapkan seperti tatacara berpakaian, etika semasa makan dan perlaksanaan aturcara majlis makan malam beradat. Beliau menegaskan bahawa Majlis Makan Malam Beradat merupakan satu pendedahan yang perlu dipraktikkan dan dikekalkan disetiap mes ABDB. Ini adalah kerana, tidak semua anggota tentera terutama PTB Kanan mengetahui dan mahir tentang etika mes memandangkan majlis ini bukan sering ataupun jarang diadakan. Majlis Makan Malam Beradat tersebut diakhiri dengan bacaan doa selamat dan sesi bergambar ramai.

DSC 0205

DSC 0211

DSC 0275

DSC 0312

DSC 0313

DSC 0329