Penanjong Garison, Jumaat, 16 November 2018 – Kursus Kaedah Mengajar (Methods of Instruction) Sesi 5/2018 telah mengadakan Majlis Penutupan Kursus bersama Yang Mulia Mejar Adrian Kingston, Ketua Cawangan Pembentukan dan Perkembangan Latihan, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) selaku Tetamu Kehormat Majlis. Sesi tersebut telah berlangsung di Bilik Mahmud, Pusat Evolusi IL ABDB.
Penanjong Garison, Jumaat, 16 November 2018 – Kursus Kaedah Mengajar (Methods of Instruction) Sesi 5/2018 telah mengadakan Majlis Penutupan Kursus bersama Yang Mulia Mejar Adrian Kingston, Ketua Cawangan Pembentukan dan Perkembangan Latihan, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) selaku Tetamu Kehormat Majlis. Sesi tersebut telah berlangsung di Bilik Mahmud, Pusat Evolusi IL ABDB.Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh 888 Lt Suzalina binti Serbini, TLDB, salah seorang peserta kursus. Kursus Kaedah Mengajar pada kali ini telah dihadiri oleh 18 peserta kursus iaitu 2 anggota daripada TDDB, 11 anggota daripada TLDB dan 5 anggota daripada IL ABDB. Majlis ini dijalankan bertujuan untuk memberi semangat, motivasi, keyakinan dan dorongan kepada para peserta kursus untuk menghadiri kursus-kursus yang dijalankan di IL ABDB pada masa akan datang. Manakala objektif sesi tersebut adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara pegawai-pegawai, jurulatih-jurulatih dan ahli kursus, malah dapat mengeratkan silaturrahim dengan unit-unit luar.
Yang Mulia Tetamu Kehormat dalam majlis tersebut menjelaskan bahawa Kursus Kaedah Mengajar adalah sangat penting untuk mana-mana anggota beruniform yang memegang jawatan sebagai Jurulatih dan Pegawai Pendidikan. Beliau juga menekankan bahawa kursus ini adalah sangat bagus dalam membantu meningkatkan keyakinan peserta kursus dalam penyampaian teori dan praktikal. Kursus ini juga adalah salah satu asas yang sangat penting untuk latihan penyampaian peserta kursus di hadapan orang ramai. Tambahan lagi, dengan adanya pengalaman, pendidikan dan pengetahuan akan menjadikan anggota tersebut lebih berkeyakinan, profesional dan kompeten.
Majlis Penutup Kursus tersebut diakhiri dengan bacaan doa selamat dan diikuti dengan sesi bergambar ramai.
