Penanjong Garison, Khamis 15 November 2018 – Sekolah Infantri IL ABDB telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Jurulatih Kemahiran dan Pengasuh Senjata Ringan Siri 1/2018 yang telah dikendalikan selama 12 minggu bermula pada 23 Ogos 2018. Seramai 37 anggota daripada TDDB, TLDB, IL ABDB, Pasukan Gerak Khas, Polis Diraja Brunei (PDB) dan Gerakan Khas Penjara telah berjaya menamatkan kursus tersebut.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Mejar Edham bin Awg Harlip selaku Jurulatih Kanan Sekolah Infantri IL ABDB. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai jemputan TDDB, TLDB, Pasukan Gerak Khas, PDB dan Gerakan Khas Penjara.
Majlis dimulakan dengan bacan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Imam Syakir Farhan bin Haji Omar dan diteruskan dengan penyampaian lencana dan sijil kepada anggota–anggota yang berjaya menamatkan kursus.
Penuntut Terbaik Amali disandang oleh 17331 LKpl Arsad bin Mat Dali daripada 1Bn, TDDB manakala Penuntut Terbaik Teori disandang oleh W/LKpl 5576 Nur Aemizah binti Zainal daripada Pasukan Gerak Khas, PDB. Penuntut Terbaik Keseluruhan pula disandang oleh 50458 LKpl Md Jaid bin Hj Md Kassim daripada 1Bn, TDDB. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai.


