PENANJONG GARISON, KHAMIS 23 OGOS 2018 - Penanjong Garison telah mengadakan Majlis Ibadah Korban dan Aqiqah Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha bagi Tahun 1439H/2018M yang dikelolakan oleh Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) bertempat di Dewan Nikmat, Penanjong Garison. Pada tahun ini sebanyak 2 ekor kerbau dan 1 ekor kambing telah dikorbankan dan diagihkan kepada Anggota Tentera Penanjong Garison, Warga Awam Penanjong Garison serta penduduk Kampong Penanjong, Kampong Luangan Dudok, Kampong Keriam dan Kampong Sinaut.
Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran, Surah Al-Baqarah dari ayat 172 hingga 176 yang dibacakan oleh 19767 LKpl Khairul Azmi bin Sabli. Pengagihan daging-daging korban dan aqiqah telah disempurnakan oleh Komandan Institut Latihan ABDB, Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan dan Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB, Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini sebagai Penaung Majlis. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran yang dibacakan oleh Ustaz Hj Shahrul Azrimin bin Hj Bidin.