PENANJONG GARISON, Jumaat 03 Ogos 2018 - Majlis Penutup Rasmi Program
Instructor Selection Cadre 2018 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mahmud, Pusat Evolusi IL ABDB.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Ketua Jurulatih IL ABDB. Program tersebut adalah merupakan yang julung-julung kalinya dikendalikan di Institut ini bermula pada 23 Julai 2018 dan berakhir pada 3 Ogos 2018 dan bertujuan untuk menapis serta mengenalpasti potensi bakal-bakal jurulatih. Program pada kali ini telah dihadiri oleh serami 14 anggota dari unit-unit ABDB.
Majlis tersebut juga diteruskan dengan penyampaian sijil-sijil penyertaan program yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat kepada kesemua peserta program. Program tersebut telah dikendalikan oleh Pusat Evolusi IL ABDB dengan kerjasama Cawangan Perkembangan dan Pembentukan Latihan IL ABDB.