
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis yang berlangsung di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison adalah Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan IL ABDB dan turut serta hadir diacara tersebut adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Rony Zai Bin Haji Zainal, Pegawai Pemerintah Batalion Bantu TDDB.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 11 yang dibacakan oleh Sld Pg Nor Hakim bin Pg Mohammad Karim dari Squadron Kereta Perisai Peninjau Battalion Bantu TDDB diikuti dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah serta bacaan Surah Yaasin dipimpin oleh Imam Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Majlis juga diteruskan dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.
Acara seumpamanya turut diadakan di seluruh Perkhemahan dan Garison ABDB sebagai tanda menjunjung kasih dan memohon bagi kesejahteraan dan keselamatan terhadap raja dan negara.