BANDAR SERI BEGAWAN, ISTANA NURUL IMAN, AHAD, 17 JUN 2018. Warga Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei samada Pegawai dan Lain-Lain Peringkat berpeluang untuk bersua dengan Kebawah DYMM dan kerabat diraja yang lain sempena Hari Raya Aidilfitri di hari raya ketiga. Berkunjung ke Istana Nurul Iman semasa Hari Raya Aidilfitri sudah menjadi satu tradisi yang unik di Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir bagi mengepalai rombongan IL ABDB adalah Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan IL ABDB. Peluang berjunjung ziarah itu membuktikan keprihatinan KDYMM dan kerabat diraja dalam sama-sama memeriahkan lagi sambutan berkenaan.
