
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut Latihan ABDB yang berkesudian menyampaikan lencana pangkat kepada anggota-anggota yang dinaikan pangkat. Turut menyaksikan upacara tersebut Pegawai-Pegawai Kanan IL ABDB, Pegawai-Pegawai IL ABDB, PTB-PTB Kanan dan ahli-ahli keluarga PTB Kanan yang dinaikan pangkat. Majlis Kenaikan Pangkat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh 18142 Sjn Ekramul Huttamah bin Abdullah daripada Cawangan Latihan Memandu, Sekolah Pertukangan Tentera, diikuti dengan penyampaian pangkat oleh Tetamu Kehormat dan diakhiri dengan bacaan Doa kesyukuran.







