
Perbarisan dikatergorikan kepada 5 kawalan yang terdiri daripada PTB Kanan, PTB Rendah dan Pasukan Askar Wanita. Turut hadir meraikan majlis tersebut ialah Pegawai Waran Satu Institut Latihan ABDB dan Platun Serunai dan Tambur Batalion Kedua TDDB.
Manakala pada Malam nya pula, Ahli-Ahli Mes PW/SSjn/Sjn Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah meraikan Majlis Makan Beradat Jasamu Dikenang Sempena Persaraan Sarjan Mejar Institut Latihan ABDB di Mes PW/SSjn/Sjn Penanjong Garison. Majlis ini dirancang adalah untuk memberikan penghormatan kepada Mantan SMR IL ABDB atas jasa bakti yang pernah disumbangkan terhadap kemajuan dan meningkatkan Institut Latihan ABDB terutama dalam aspek menghasilkan mutu perkhidmatan anggota-anggota yang tinggi selaras dengan aspirasi pihak atasan. Turut hadir di meraikan majlis tersebut ialah Pegawai Waran dan PTB-PTB Kanan Institut Latihan ABDB dan Platun Serunai dan Tambur Batalion Kedua TDDB.






