PENANJONG GARISON, Isnin, 28 Mei 2018 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Hari Ulang Tahun ABDB Ke-57 bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Majlis tersebut dimulakan dengan sembahyang Fardhu Zohor berjemaah diikuti dengan bacaan Takhtim dan Doa Khatam serta laungan Dikir Marhaban. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Tujuan Majlis Khatam Al-Quran diadakan ialah untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Ulang Tahun ABDB dan pada masa yang sama untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti keugamaan terutamanya dalam usaha menyemarakkan lagi bulan Ramadhan. Aktiviti-aktiviti seperti ini bertujuan untuk meningkatkan sifat kerohanian dikalangan anggota ABDB yang mana selaras dengan salah satu nilai teras ABDB iaitu Taqwa, bagi mendorong anggota-anggota untuk menjalankan tugas dengan penuh jujur dan integriti.