
Pada petang Jumaat 20 Januari 2017, pertemuan antara pasukan Tentera Darat Diraja Brunei dengan pasukan Kementerian Pertahanan telah berlangsung. Hasil perlawanan yang sengit diantara pasukan-pasukan yang bertanding, johan diraih oleh Tentera Darat Diraja Brunei, naib johan disandang oleh Kementerian Pertahanan, tempat Ketiga ialah Institut Latihan Diraja Brunei diikuti dengan Tentera Laut Diraja Brunei dan Tentera Udara Diraja Brunei.
Yang Mulia, Leftenan Kolonel Dyg Suriyati binti Haji Junaidi, Timbalan Komandan Akademi Pertahanan selaku tetamu kehormat telah berkesudian menyampaikan hadiah kepada pemenang perlawanan tersebut. Selain merebut piala pusingan, antara objektif kejohanan Bola Jaring AW Peringkat ABDB untuk berkongsi pengalaman antara pemain yang berpengalaman dan generasi baru yang ingin menceburi sukan tersebut disamping menggalakkan penyertaan dikalangan Pegawai-Pegawai serta Lain-Lain Peringkat agar aktif menceburkan diri dalam sukan ABDB.
Melalui sukan ini juga pemilihan bagi pemain bola jaring yang berbakat dapat dibuat untuk mewakili ABDB dalam kejohanan Bola Jaring peringkat Kebangsaan yang dijangka berlangsung pada bulan Mac 2017 ini.

