Penyampaian Sijil dan Penutupan Kursus Kerani Kanan Siri 1 2025 01.jpg

PENANJONG GARRISON, Thursday, 6 November 2025 – The Certificate Presentation and Closing Ceremony of the Senior Clerks Course Series 1/2025 was held at the Clerks Training Wing, School of Military Trades, Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF).

Present as the Guest of Honour was Major (U) Qamarularifin bin Haji Ramli, Officer Commanding, 82 Squadron, No. 8 Wing, Training Group, Royal Brunei Air Force. Also in attendance were the Wing Commander of Clerks Training Wing, invited Officers, invited guests and Instructors from the Clerks Training Wing.

The course was conducted over a period of five weeks, commencing on 3 October and concluding on 7 November 2025. A total of 30 personnel from the RBAF attended the course, comprising participants from the Royal Brunei Land Forces (RBLF), Royal Brunei Air Force (RBAirF), Ministry of Defence (MINDEF), Joint Force Headquarters (JFHQ), Defence Academy RBAF (DA RBAF), and Training Institute RBAF (TI RBAF).

. The course aims to produce senior clerks capable of performing supervisory roles in clerical duties with minimal supervision. Various modules were taught, including management skills for a Chief Clerk’s responsibilities, office security, the RBAF act law, standing orders and, the use of the Defence Personnel Administration Information System (DefPAIS).

The course also featured a practical exercise entitled Exercise “Pemacu Profesionalisme”, which challenged the course participants with realistic scenarios encompassing administrative, implementation, and office management aspects of a Chief Clerk’s role. This exercise aimed to equip participants with the necessary skills to efficiently execute clerical tasks and effectively manage multiple responsibilities.

In his closing remarks, he congratulated all course participants on their successful completion of the training and emphasized the importance of performing their duties with professionalism, guided by standing orders, reference materials, and respective officers. He concluded his speech by officially closing the Senior Clerks Course Series 1/2025.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUPAN KURSUS KERANI KANAN SIRI 1/2025

PENANJONG GARISON, Khamis, 6 November 2025 – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutupan Kursus Kerani Kanan Siri 1/2025 telah berlangsung di Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Mejar (U) Qamarularifin bin Haji Ramli, Pegawai Memerintah Skuadron 82, Cawangan No. 8, Kumpulan Latihan, Tentera Udara Diraja Brunei. Turut hadir ialah Ketua Cawangan Latihan Kerani, Pegawai-pegawai jemputan, Jemputan-jemputan dan Jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan Kerani.

Kursus ini telah dijalankan selama lima minggu, bermula pada 3 Oktober 2025 dan berakhir pada 7 November 2025. Seramai 30 anggota ABDB telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MAB ABDB), Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) dan, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).

Kursus ini bertujuan untuk melahirkan kerani kanan yang berupaya bertindak sebagai penyelia dalam melaksanakan tugas-tugas perkeranian dengan pengawasan yang minimum. Pelbagai modul telah diajarkan, termasuk kemahiran pengurusan bagi tanggungjawab Ketua Kerani, keselamatan pejabat, undang-undang akta ABDB, penyediaan arahan tetap, serta penggunaan Defence Personnel Administration Information System (DefPAIS).

Kursus ini turut melibatkan satu latihan praktikal, iaitu Eksesais “Pemacu Profesionalisme”, yang menguji peserta kursus melalui senario realistik merangkumi aspek pentadbiran, pelaksanaan, dan pengurusan pejabat dalam konteks peranan seorang Ketua Kerani. Eksesais ini bertujuan untuk melatih peserta kursus melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan tanggungjawab sampingan secara serentak dalam pelbagai situasi dan kekangan masa yang berbeza.

Dalam ucapan Yang Mulia Tetamu Kehormat merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta kursus dan menekankan kepada semua peserta kursus agar dapat melaksanakan tugas dengan professional dan berpandukan hukuman-hukuman tetap, buku-buku rujukan dan Pegawai-pegawai atasan serta mengakhiri ucapan beliau dengan Penutupan Rasmi Majlis Kursus Kerani Kanan Siri 1/2025.

Penyampaian Sijil dan Penutupan Kursus Kerani Kanan Siri 1 2025 02.jpg

Penyampaian Sijil dan Penutupan Kursus Kerani Kanan Siri 1 2025 03.jpg

Penyampaian Sijil dan Penutupan Kursus Kerani Kanan Siri 1 2025 04.jpg

Penyampaian Sijil dan Penutupan Kursus Kerani Kanan Siri 1 2025 05.jpg

Penyampaian Sijil dan Penutupan Kursus Kerani Kanan Siri 1 2025 06.jpg

Penyampaian Sijil dan Penutupan Kursus Kerani Kanan Siri 1 2025 07.png