PENANJONG GARRISON, Friday, 18 July 2025 – The Closing and Certificate Presentation Ceremony for the Basic Armament Technician Course Series 2025 was held at the Practical Training Area of the Land Technical Training Wing, School of Military Trade, Training Institute, Royal Brunei Armed Forces (RBAF).
The Guest of Honour at the ceremony was 1278 Captain Muhammad Hishammuddin bin Bahrin, Deputy Officer Commanding of Penanjong Workshop, Land Engineering, Combat Service Support, Royal Brunei Land Force.The Basic Armament and Instrument Technician Course Series 2025 was conducted over six months, commencing on Friday, 17 January 2025, and concluding on Friday, 18 July 2025.
Through this course, participants have been certified as Basic Armament Technicians and will serve under Land Engineering at the Bolkiah and Penanjong Workshops, as well as in the Light Aid Detachments (LADs) of the Royal Brunei Armed Forces. The course equips trainees with the essential skills to maintain and repair land-based weapons and instruments. It plays a vital role in developing skilled and competent technicians capable of supporting the RBAF’s operational and training requirements.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Teknisyen Persenjataan dan Instrumen Asas Siri 2025
Penanjong Garison, Jumaat, 18 Julai 2025 – Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Teknisyen Persenjataan dan Instrumen Asas Siri 2025 telah sempurna dilaksanakan bertempat di Automotive Theater Room, Practical Training Area, Cawangan Latihan Teknikal Darat, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata di Raja Brunei (CLTD SPT IL ABDB).
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah 1278 Kapten Muhammad Hishammuddin bin Bahrin, Penolong Pegawai Memerintah Woksyop Penanjong, Kejuruteraan Darat, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei. Kursus Teknisyen Persenjataan dan Instrumen Asas Siri 2025 telah dikendalikan selama enam (06) bulan bermula pada 17 Januari 2025 hingga 18 Julai 2025.
Kursus ini bertujuan untuk melatih bakal teknisyen persenjataan agar layak menjadi teknisyen persenjataan asas dalam bidang penyelenggaraan dan pembaikan peralatan persenjataan dan instrumen berpangkalan di darat. Melalui kursus ini, peserta-peserta kursus telah diiktiraf sebagai teknisyen persenjataan asas yang akan bertugas di bawah Kejuruteraan Darat di Bolkiah dan Penanjong Woksyop serta di LAD-LAD Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Kursus ini amat penting bagi melahirkan teknisyen persenjataan asas yang mahir dan kompeten agar dapat menjalankan tugas dalam pembaikan dan penyelenggaraan peralatan persenjataan dan instrumen berpangkalan di darat yang digunakan ABDB untuk tujuan operasi dan latihan.


