Kursus Bahasa Inggeris 01.jpg

PENANJONG GARRISON, Thursday, 13 June 2024 – The Training Institute of the Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) held the Closing Ceremony for the 9th English Language Course for Foreign Armed Forces 2025 at the Halbi Lecture Theatre, Evolution Centre.

Colonel (U) Hismawadi bin Haji Md Said, Deputy Commander of the Royal Brunei Air Force, graced the event as Guest of Honour. Also in attendance were senior RBAF officers, foreign Defence Attachés accredited to Brunei Darussalam, and diplomatic representatives from the participating nations; the Kingdom of Cambodia, the Republic of Indonesia, the Lao People’s Democratic Republic, the Republic of the Union of Myanmar, the Kingdom of Thailand and the Socialist Republic of Myanmar.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by a speech by a course participant representative. It continued with the presentation of certificates and souvenirs to participants from six participating countries.

To honour the achievements of the participants, several awards were presented. The Best Overall Student and Best Presenter Awards were conferred upon Lieutenant Colonel Caj Cuk Wiwoho Basuki Priyanto from the Republic of Indonesia, the Best Academic Award went to Sergeant Waravong Wichapol from the Kingdom of Thailand, and the Best Essay Award was presented to Major Trinh The Manh from the Socialist Republic of Vietnam.

In his address, the Guest of Honour congratulated all participants on their successful completion of the course. He underscored the importance of strengthening regional defence cooperation through such initiatives and expressed confidence that the skills and experiences gained would enhance communication and mutual understanding among allied armed forces.

Beyond academic learning, the participants also explored Brunei’s culture and heritage through a variety of visits and activities. Highlights included the 64th Anniversary celebration of the Royal Brunei Armed Forces at the Royal Brunei Navy Base and a personal engagement with His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah — a truly memorable and meaningful encounter.

The event concluded with a video montage highlighting key moments of the course and ended with a closing prayer.

The English Language Course aimed to enhance participants’ foundational English proficiency in reading, writing, speaking, and listening, while also serving as a platform for fostering regional military camaraderie and defence diplomacy.

Majlis Penutupan Kursus Bahasa Inggeris Bagi Angkatan Tentera Luar Negara Ke-9 Sesi 2025

PENANJONG GARISON, Khamis 19 Jun 2025 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Penutupan Kursus Bahasa Inggeris Bagi Angkatan Tentera Luar Negara Ke-9 Sesi 2025 di Bilik Kuliah Halbi, Pusat Evolusi, Institut Latihan ABDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Kolonel (U) Hismawadi bin Haji Md Said, Timbalan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan ABDB, Atase-atase Pertahanan Luar Negara yang bertugas di Negara Brunei Darussalam, serta wakil-wakil daripada Kedutaan Besar negara-negara yang mengambil bahagian.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan ucapan wakil peserta kursus, diikuti dengan penyampaian sijil dan cenderamata kepada para peserta dari enam buah negara jemputan, iaitu Kerajaan Kemboja, Republik Indonesia, Republik Demokratik Rakyat Lao, Republik Kesatuan Myanmar, Kerajaan Thailand dan Republik Sosialis Myanmar.

 

Sebagai penghargaan kepada pencapaian peserta, beberapa anugerah telah disampaikan. Anugerah Penuntut Terbaik dan Pembentang Terbaik disandang oleh Lt Kol Caj Cuk Wiwoho Basuki Priyanto dari Republik Indonesia, manakala Sgt Waravong Wichapol dari Kerajaan Thailand menerima Anugerah Akademik Terbaik. Sementara itu, Anugerah Penulisan Esei Terbaik disampaikan kepada Mejar Trinh The Manh dari Republik Sosialis Vietnam.

 

Dalam ucapan penutup, Tetamu Kehormat mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta atas kejayaan menamatkan kursus. Beliau turut menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama pertahanan serantau dan berharap ilmu serta pengalaman yang diperoleh akan meningkatkan keupayaan komunikasi serta persefahaman antara angkatan tentera negara-negara sahabat.

Selain pembelajaran akademik, para peserta juga berpeluang meneroka keindahan dan budaya Negara Brunei Darussalam melalui pelbagai aktiviti. Antara sorotan utama ialah penyertaan dalam Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-64 ABDB yang diadakan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei dan peluang istimewa bertemu secara peribadi dengan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, satu pengalaman yang amat bermakna dan bersejarah bagi semua peserta. Majlis diakhiri dengan tayangan video montaj yang memaparkan aktiviti sepanjang kursus serta bacaan Doa Penutup.

 

Kursus Bahasa Inggeris ini bertujuan meningkatkan penguasaan asas Bahasa Inggeris dalam empat kemahiran utama, iaitu membaca, menulis, bertutur dan mendengar, di samping menjadi platform penting dalam memperkukuhkan hubungan kerjasama dan diplomasi pertahanan serantau.

Kursus Bahasa Inggeris 02.jpg

Kursus Bahasa Inggeris 03.jpg 

Kursus Bahasa Inggeris 04.jpg 

Kursus Bahasa Inggeris 05.jpg

Kursus Bahasa Inggeris 06.jpg

Kursus Bahasa Inggeris 07.jpg 

Kursus Bahasa Inggeris 08.jpg