Penutupan Kursus Kerani Kanan Siri 2.2024 1.png

PENANJONG GARRISON, THURSDAY, 17 OCTOBER 2024 – The Certificate Presentation and Closing Ceremony for the Senior Clerks Course Series 2/2024, organised by the Clerical Training Branch of the Army Trade School, Royal Brunei Armed Forces Training Institute, was successfully held. The Guest of Honour for this ceremony was Major Mohamad Safizan bin Ahmad, Chief Instructor of the Royal Brunei Armed Forces Training Institute. Also present were the Acting Head of the Clerks Training Wing, officers, special guests, and instructors from the Clerks Training Wing.​


This course is a career course that must be attended by members of the Royal Brunei Armed Forces who will hold the position of Unit Chief Clerk. The course aims to produce senior clerks who can act as managers in clerical tasks with minimal supervision. Various modules were delivered, including skills in managing the tasks of chief clerks, office safety, the laws of the ABDB Act, preparing standing instructions, and using the Defence Personnel Administration Information System.

Course participants also took part in the School of Military Trade’s exercise, namely the Command Post Exercise – Exercise Khidmat Bantuan 1/2024, which involved a combination of course participants conducted simultaneously at the School of Military Trade. Additionally, this exercise challenged the participants to act quickly and perform multiple tasks within a limited timeframe. It also trained the participants in critical thinking skills using the 3-column format and the ‘SMEAC’ presentation format.

The course was conducted over seven (7) weeks, starting from Friday, 30 August 2024, to Thursday, 17 October 2024, and was attended by 30 members of the Royal Brunei Armed Forces, comprising personnel from the Royal Brunei Land Forces, Royal Brunei Air Force, Joint Forces Headquarters, Royal Brunei Armed Forces Training Institute, and the Ministry of Defence.

In the Guest of Honour’s speech, he conveyed his congratulations to all course participants and emphasised the importance of carrying out their duties professionally, guided by standing orders, reference books, and senior officers. He concluded his speech with the Official Closing of the Senior Clerk Course Series 2/2024 ceremony.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUPAN KURSUS KERANI KANAN SIRI 2/2024


PENANJONG GARISON, KHAMIS, 17 OKTOBER 2024 – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutupan Kursus Kerani Kanan Siri 2/2024 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah sempurna dilaksanakan. Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis ini ialah Mejar Mohamad Safizan bin Ahmad, Ketua Jurulatih, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir ialah Pemangku Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Kerani, Pegawai-pegawai dan jemputan khas dan Jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan Kerani.

Kursus ini merupakan kursus kerjaya yang perlu dihadiri oleh anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang akan menjawat jawatan sebagai Ketua Kerani unit. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan kerani kanan yang bertindak sebagai pengurus dalam tugas-tugas perkeranian dengan pengawasan yang minimum. Pelbagai modul telah disampaikan termasuk kemahiran dalam pengurusan tugas-tugas ketua kerani, keselamatan pejabat, undang-undang akta ABDB, menyediakan arahan tetap, dan penggunaan Defence Personnel Administration Information System.

Peserta kursus juga telah terlibat dalam Eksesais Sekolah Pertukangan Tentera, iaitu Command Post Exercise – Eksesais Khidmat Bantuan 1/2024 yang disertai oleh gabungan peserta kursus dan dijalankan serentak di Sekolah Pertukangan Tentera. Selain itu, eksesais tersebut telah menguji para peserta kursus untuk bertindak dengan cepat serta berkebolehan melaksanakan tugas yang banyak dalam had masa yang terhad. Ia juga melatih para peserta kursus tentang cara berfikir menggunakan format 3 kolum dan format penyampaian SMEAC.

Kursus ini telah dijalankan selama tujuh (07 minggu) bermula pada hari Jumaat, 30 Ogos 2024 hingga hari Khamis, 17 Oktober 2024 dan dihadiri oleh 30 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang terdiri daripada anggota Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Kementerian Pertahanan.

Dalam ucapan penutupan, Yang Mulia Tetamu Kehormat merakamkan ucapan tahniah dan menekankan kepada semua peserta kursus agar dapat melaksanakan tugas dengan profesional dan berpandukan hukuman-hukuman tetap, buku-buku rujukan dan Pegawai-pegawai atasan. Beliau mengakhiri ucapan dengan Penutupan Rasmi Majlis Kursus Kerani Kanan Siri 2/2024.

Penutupan Kursus Kerani Kanan Siri 2.2024 2.png