MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUPAN KURSUS LOGISTIK ASAS SIRI 2.2024.png

PENANJONG GARRISON, MONDAY 19TH AUGUST 2024 – The Certificate Presentation and Closing Ceremony for the Basic ​Logistics Course Series 2/2024 was held and conducted by the Logistics Training Wing, School of Military Trade, Training Institute Royal Brunei Armed Forces. The event’s Guest of Honor was Captain Pg Md Syukri bin Pg Hj Md Ali, Officer-in-Charge of SSD Store, Logistics Depot, Combat Service Support, Royal Brunei Land Forces. Also, in attendance were the Head of the Logistics Training Wing, Officers, guests, and instructors from the Logistics Training Wing.


This course is a career development program required for members of the Royal Brunei Armed Forces holding storeman and logistics accountant positions. The primary objective of this course is to introduce participants to the fundamentals of military logistics. The course equipped them with the basic skills and understanding necessary to support store and warehouse operations. This foundational knowledge will enable participants to effectively assist in managing unit stores and accounting processes.

The course was conducted over five (5) weeks, beginning on Monday, 19th August 2024, and ending on Friday, 20th September 2024, attended by 40 members of the Royal Brunei Armed Forces, comprising 39 personnel from the Royal Brunei Land Forces and 1 personnel from the Royal Brunei Air Force. In his speech, the Guest of Honor congratulated all course participants and emphasized the importance of applying what they have learned and carrying out their duties with professionalism and dedication, accompanied by continuous effort. He concluded his speech by officially closing the Basic Logistics Course Series 2/2024.​

MAJLIS PENYAMPAIAN
SIJIL DAN PENUTUPAN KURSUS LOGISTIK ASAS SIRI 2/2024


PENANJONG GARISON, ISNIN 19 OGOS 2024 – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutupan Kursus Logistik Asas Siri 2/2024 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah sempurna dilaksanakan. Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis ini ialah Kapten Pg Md Syukri bin Pg Hj Md Ali, Pegawai Penguasa Stor SSD, Depoh Logistik, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei.  Turut hadir adalah Ketua Cawangan Latihan Logistik, Pegawai dan jemputan khas, Jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan Logistik.

 

Kursus ini merupakan kursus kerjaya yang perlu dihadiri oleh anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang memegang jawatan sebagai pengawas stor dan logistik akauntan. Objektif utama kursus ini bertujuan adalah untuk melahirkan pengawas stor dan logistik akauntan yang berpengetahuan yangmana peserta kursus didedahkan dengan pengenalan awal kepada stor dan gudang dan membolehkan peserta kursus berkebolehan dalam mengurus perakaunan di dalam stor dan gudang unit masing-masing.

 

Kursus ini telah dijalankan selama lima (05 minggu) bermula pada hari Isnin, 19 Ogos 2024 hingga hari Jumaat, 20 September 2024 yang dihadiri oleh 40 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang terdiri daripada 39 anggota Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei dan 01 anggota daripada Tentera Udara Diraja Brunei. Dalam ucapan Yang Mulia Tetamu Kehormat merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta kursus dan menekankan kepada semua peserta kursus agar dapat mempraktikkan apa yang telah diajarkan dan dapat melaksanakan tugas dengan profesional dan penuh dedikasi diiringi dengan usaha serta mengakhiri ucapan beliau dengan Penutupan Rasmi Majlis Kursus Logistik Asas Siri 2/2024.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUPAN KURSUS LOGISTIK ASAS SIRI 2024.png

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUPAN KURSUS LOGISTIK ASAS SIRI 2.24.jpg

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUPAN KURSUS LOGISTIK ASAS SIRI 2.244.png

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUPAN KURSUS LOGISTIK ASAS SIRI 2.24 1.png

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUPAN KURSUS LOGISTIK ASAS SIRI 2.24 2.png