PENANJONG GARISON, SELASA 20 OGOS 2024 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menerima lawatan daripada Ahli-ahli Takmir, Muslimah, dan Belia-beliawanis dari Zon 4 Daerah Brunei dan Muara.
Rombongan lawatan tersebut terdiri daripada 26 orang Muslimah, 14 orang Belia dan 10 orang Beliawanis yang diketuai oleh Imam Haji Mohd Ashraf bin Haji Bujang, Pegawai Masjid (Imam) Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mereka serta memberikan pengalaman baru yang berharga, sambil memupuk minat dan semangat patriotisme, khususnya terhadap Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat di Bilik Halbi, Pusat Evolusi IL ABDB dan diteruskan dengan pertunjukkan pameran statik yang mempamerkan radio dan senjata daripada Cawangan Latihan Teknikal Darat, Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB. Rombongan berpeluang menggunakan senjata ringan termasuk simulasi penembakan senjata di Training Simulation Center, Brunei Engineering, Logistics, and Training Solutions, Penanjong Garison.
A VISITS FROM AHLI-AHLI TAKMIR, MUSLIMAH AND BELIA, BELIAWANIS FROM ZONE 4 OF THE BRUNEI-MUARA DISTRICT TO TRAINING INSTITUTE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES
PENANJONG GARRISON, TUESDAY 20 AUGUST 2024 - Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) received a visit from Ahli-ahli Takmir, Muslimah, and Belia-beliawanis from Zone 4 of Brunei Muara District.
A total of 50 visitors comprised of 26 Muslimah, 14 Belia, and 10 Beliawanis, led by Imam Haji Mohd Ashraf bin Haji Bujang, Imam of the Brunei International Airport Surau. The visit aimed to enhance their knowledge and provide valuable new experiences while fostering a sense of interest and patriotism, particularly towards the Royal Brunei Armed Forces.
The visit began with a presentation at the Halbi Lecture Room, Evolution Centre TI RBAF followed by an up-close look at a static display showcasing radios and weapons from the Land Technical Training Wing, School of Military Trade TI RBAF as well as a hands-on experience with weapon firing simulations at the Training Simulation Center, Brunei Engineering, Logistics, and Training Solutions, Penanjong Garrison.




