
Kursus ini merupakan kursus kerjaya yang perlu dihadiri oleh anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang memegang jawatan sebagai kerani. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan kerani-kerani pada peringkat asas yang akan dapat melaksanakan tugas-tugas perkeranian seperti tatacara persuratan ABDB, Sistem memfail persuratan, jenis-jenis persuratan ABDB, dan penggunaan Defence Personnel Administration Information System (DEFPAIS) serta kemahiran kerani.
Kursus ini telah dijalankan selama lima (05 minggu) bermula pada hari Jumaat, 19 Januari 2024 hingga hari Khamis, 22 Februari 2024 dan dihadiri oleh 30 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang terdiri daripada anggota Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kementerian Pertahanan dan Rejimen Pasukan Khas.
Dalam ucapan Yang Mulia Tetamu Kehormat merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta kursus dan menekankan kepada semua peserta kursus agar dapat melaksanakan tugas dengan profesional dan penuh dedikasi serta melaksanakan tugas dengan jujur, ikhlas dan amanah diiringi dengan usaha, istiqamah dan nilai-nilai murni serta mengakhiri ucapan beliau dengan Penutupan Rasmi Majlis Kursus Kerani Asas Siri 2/2023.



