0.017.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat, 06 Oktober 2023 - Majlis Pembukaan Rasmi Kursus Pertengahan dan Lanjutan Pemandu Sesi 2023 dan Kursus Memandu Lesen Kelas 3 dan Memandu Lesen Kelas 2B Sesi 2023 (Kumpulan Kedua) telah diadakan di Cawangan Latihan Memandu, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi merasmikan majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Ak Abdul Hamizan bin Pg Salim, Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Memandu, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir adalah Pegawai Waran Latihan dan Jurulatih-jurulatih.

Kursus Pertengahan dan Lanjutan Pemandu ini adalah merupakan kursus pertukangan bagi menaik taraf seorang pemandu ketahap kelayakan sebagai pemandu pertengahan dan lanjutan. Manakala bagi Kursus Memandu Lesen Kelas 3 dan Memandu Lesen Kelas 2B adalah untuk melayakkan peserta kursus ketaraf pemandu kelas 3, dimana mereka ini akan dapat melaksanakan tugas dibawah pengawasan seorang pemandu yang berpengalaman dan di samping itu juga mereka boleh diketengahkan untuk mengendalikan apa jua tugas yang terkandung di dalam peraturan bagi taraf pertukangan dan pekerjaan ABDB.

Dalam Kursus ini, peserta kursus akan mengulangkaji pelajaran dokumen-dokumen yang terdapat di dalam unit Pejabat Kenderaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Di samping itu, peserta kursus akan didedahkan secara lebih lanjut dalam pelajaran kaedah mengajar yang mana peserta kursus akan diajarkan cara-cara mengajar di dalam kelas. Manakala bagi kursus Memandu Lesen Kelas 3 dan Memandu Lesen Kelas 2B akan diajarkan berkenaan Undang-undang Jalan Raya, Dokumen Pejabat Kenderaan dan Tatacara Memandu menggunakan Kenderaan Double Cab, Mini bas dan 1 Ton.

Antara pelajaran yang akan diajarkan adalah seperti Kaedah Mengajar, Kemahiran Komunikasi dan Dokumen-dokumen Pejabat Kenderaan. Manakala bagi Memandu Lesen Kelas 3 dan Memandu Lesen Kelas 2B seperti Akta Jalan Raya, Mengenal Bentuk Tanda-tanda Jalan Raya, Peraturan Garisan Putih, Papan Tanda dan Hal Ehwal Lalulintas, MT Dokumen, Tiket Kerja,  Rawatan Kenderaan, Mengenal nama-nama Injin,  Mengenal Perkakas Tool, Aduan Kemalangan, Peraturan Kereta Rosak, Muatan Kenderaan, Mencegah Kebakaran, Tatacara Mengisi Minyak, Komponen utama dan Aksesori Treler, Spesifikasi Teknikal Treler, Peraturan Memasang dan Melepaskan Treler,  Driving Training Objective (DTO 1-25B), Olah Gerak, Samaran Kenderaan, Memandu Komboi dan Memandu Rentas Desa.

Secara kesimpulan, objektif kursus ini adalah untuk mempersiapkan peserta-peserta kursus untuk membuat tugas MT Detail harian. Manakala bagi Kursus Memandu Lesen Kelas 3 dan Memandu Lesen Kelas 2B adalah untuk mengiktirafkan seorang Pemandu untuk mendapatkan Lesen Memandu Tentera Kelas 3 dan Lesen Memandu Tentera Kelas 2B.  Di samping itu juga dapat melaksanakan tugas harian di Pejabat Kenderaan dan permintaan unit-unit dalam melancarkan atau memudahkan pekerjaan di unit masing-masing.

0.019.jpg

0.020.jpg
0.018.jpg