
Hadir bagi merasmikan majis tersebut ialah Mejar Roziahani binti Mohd Jaya, Timbalan Pegawai Turus Kewangan (Pusat Latihan), Cawangan Latihan Kewangan, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir adalah Pemangku Pegawai Waran Latihan dan Jurulatih-jurulatih.
Kursus Akaun Perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ini adalah kursus untuk melayakkan perserta kursus memegang Akaun Perkhidmatan dan Pemegang Tabung Perkhidmatan di Unit-Unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Bagi Pegawai-pegawai pula, ianya adalah bagi persiapan sebelum dilantik sebagai salah seorang ahli pengaudit Tabung Akaun Perkhidmatan Unit.
Secara kesimpulan, objektif kursus ini adalah bagi mengenalkan dengan lebih dekat lagi tatacara pengendalian dan pengurusan Tabung Akaun Perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta mengetahui tentang peraturan dan undang-undang sepertimana yang telah ditetapkan di dalam Buku Peraturan Akaun Perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
