
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis ini ialah 624 Lt Kol Pengiran Haji Nazri Amir bin Pengiran Dato Paduka Haji Md Zain. Turut hadir adalah wakil dari Pegawai Pemerintah SPT IL ABDB, Sekolah Sarjan Mejar SPT, para jemputan dari unit dan Jurulatih-jurulatih CLLog SPT IL ABDB.
Kursus ini merupakan kursus kerjaya bagi anggota-anggota yang bertugas di dalam unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei khususnya bagi pengawas stor dan anggota logistik yangmana kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan didalam pentadbiran organisasi serta pengurusan perakaunan stor dan logistik.
Kursus Lanjutan Logistik Siri 1/2023 ini dikendalikan selama Enam (06) minggu dan seramai 22 anggota telah menghadiri kursus tersebut yang terdiri daripada unit-unit Kementerian Pertahanan, Tentera Darat Diraja Brunei, Institut Latihan, Akademi Pertahanan dan Rejimen Pasukan Khas.
Majlis diteruskan dengan penyampaian lencana dan sijil kepada peserta-peserta kursus. Lima anugerah terbaik dalam kategori masing-masing telah disandang oleh peserta kursus seperti berikut: –
- Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 18956 Sjn Abdul Wafi bin Abidin dari unit Rejimen Pengawal Diraja,
- Penuntut Terbaik Teori disandang oleh 19547 Kpl Marzuki bin Hj Yakop,
- Penuntut Terbaik Praktikal disandang oleh 18136 SSjn Shafiq Affandi bin Lakim
- Penuntut Terbaik Pembentangan disandang oleh 19126 Kpl Abdul ‘Alim bin Hj Asmat,
- Sindiket Terbaik Pembentangan disandang oleh Sindiket 4, iaitu 17062 Kpl Pg Zul Hilmy bin Pg Mohammad, 19126 Kpl Abdul Alim bin Hj Asmat, 18879 Kpl Pg Md Fairuz bin Pg Abd Rahman dan 50689 Kpl Ali Amirul Rashid bin Affandi.
Seterusnya Yang Mulia Tetamu Kehormat telah menzahirkan ucapan tahniah kepada peserta-peserta kursus dan menekankan kepada semua peserta kursus agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan profesional berpandukan Materiel Regulations Royal Brunei Armed Forces. Yang Mulia Tetamu Kehormat juga berpesan kepada peserta kursus untuk tidak menyalah gunakan kuasa yang diberikan bagi tujuan kepentingan diri sendiri dan hendaklah melaksanakan tugas dengan jujur dan amanah, diiringi dengan usaha yang istiqamah, penuh dengan nilai-nilai murni.


