Penanjong Garison, Khamis, 3 Ogos 2023 – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Asas Teknisyen Elektronik Siri 19/2023 telah sempurna dilaksanakan bertempat di Automotive Theater Room, Practical Training Area, Cawangan Latihan Teknikal Darat, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (CLTD SPT IL ABDB).
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Kapten Nurul Khartini binti Akui, Pegawai Memerintah, CLTD SPT IL ABDB. Turut hadir di majlis tersebut adalah Pegawai-Pegawai Kejuruteraan Darat, Jurutera Kanan Bahagian Pemeliharaan Kelengkapan Teknikal (BPKT) Bolkiah Woksyop Kejuruteraan Darat, Penyelia-Penyelia Teknikal Elektronik Kejuruteraan Darat serta Jurulatih-Jurulatih CLTD SPT IL ABDB.
Kursus Asas Teknisyen Elektronik Siri 19/2023 ini dikendalikan selama enam (06) bulan bermula daripada hari Isnin, 09 Januari 2023 hingga hari Khamis, 03 Ogos 2023. Objektif kursus asas ini dijalankan adalah untuk melayakkan dan menjadikan peserta-peserta kursus sebagai Tekniksyen Elektronik yang berkemahiran dan kompeten. Kursus selama enam (06) bulan ini bertujuan untuk melatih peserta kursus khusus dalam bidang elektronik bagi pengendalian dan pembaikan alat kelengkapan perhubungan berpangkalan di darat.
Seramai dua (2) anggota telah berjaya menamatkan kursus ini yang terdiri daripada anggota-anggota Bolkiah Woksyop. Tetamu Kehormat menyampaikan sijil kepada peserta-peserta kursus diikuti dengan penyampaian sijil bagi pembentang terbaik dan juga penuntut terbaik keseluruhan yang disandang oleh 54254 Sld Mohammad Nur Ismail bin Awang Empudin daripada unit Woksyop Bolkiah Kejuruteraan Darat, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei. Seramai dua (2) Penolong Jurutera BPKT dari Woksyop Bolkiah turut serta menghadiri Kursus Asas Teknisyen Elektronik selama 8 minggu dalam silibus Pemeliharaan dan Pembaikan Radio Harris.
Kursus ini amatlah penting bagi melahirkan teknisyen elektronik yang berkemahiran dan kompeten agar dapat menjalankan tugas dalam pembaikan dan pemeliharaan alat kelengkapan perhubungan berpangkalan di darat yang digunakan di ABDB bagi keperluan operasi mahupun latihan.

