
Objektif aktiviti berikut adalah untuk memberi gambaran kepada peserta kursus dan pendedahan awal tentang tatacara pentadbiran dan pengurusan perlaksanaan sajian medan dalam situasi gerakan mahupun latihan. Peserta kursus mengaplikasikan cara menyajikan makanan yang bermutu bagi meningkatkan moral anggota-anggota terutama sekali yang ditempatkan di kawasan operasi (Areas of Operation) serta untuk bersiap sedia bagi memberikan penyediaan sajian kepada masyarakat semasa misi bantuan kemanusiaan (Humanitarian Assistance Disaster Relief) di bawah unit masing-masing. Kepakaran dan pengalaman dalam pengurusan permakanan juga diserapkan kepada peserta kursus ini.
Tetamu Kehormat bagi acara tesebut adalah Yang Mulia Kol Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB. Turut hadir adalah Pegawai-pegawai dan Sarjan Mejar-Sarjan Mejar IL ABDB. Aktiviti ini di akhiri dengan sesi bergambar ramai yang terdiri daripada para jemputan, jurulatih-jurulatih dan peserta kursus.





