Majlis Perasmian Media Sosial Platform Instagram IL ABDB.jpg

PENANJONG GARISON, Jumaat, 04 Ogos 2023 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei  (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Perasmian Media Sosial (Instagram) IL ABDB bertempat di Dewan Nikmat, IL ABDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB. Turut hadir adalah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, PTB Kanan, PTB Rendah dan Kakitangan Awam serta warga IL ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Haji Shahrul Azrimin bin Haji Bidin, Guru Ugama Penanjong Garison dan seterusnya diikuti dengan ucapan daripada Yang Mulia Ejutan IL ABDB. Majlis kemudian diteruskan lagi dengan pelancaran media sosial platform akaun Instagram IL ABDB yang dirasmikan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis. Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup dan sesi bergambar ramai.

Dalam ucapan Yang Mulia Ejutan IL ABDB antara lain beliau menyentuh mengenai tujuan akaun Instagram IL ABDB dilancarkan adalah bagi memudahkan IL ABDB untuk mengongsikan berita dan memberigakan maklumat-maklumat yang terkini mengenai acara dan aktiviti yang dikendalikan oleh IL ABDB khususnya berkenaan kursus dan latihan. Beliau juga memaklumkan bahawa pelancaran ini adalah satu manifestasi bagi IL ABDB selaras dengan pertumbuhan teknologi yang berkembang pesat dan pendekatan moden yang mana akan dapat memperluaskan lagi jangkauan maklumat dan berita terkini mengenai IL ABDB kepada orang ramai terutamanya para belia. 

INAUGURATION CEREMONY OF THE TRAINING INSTITUTE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES’ SOCIAL MEDIA PLATFORM (INSTAGRAM)


PENANJONG GARRISON, Friday, 04 August 2023 – Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) held an Inauguration Ceremony of the Social Media Platform (Instagram) for TI RBAF which was held at Dewan Nikmat, TI RBAF.

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant of TI RBAF. Also present were Senior Officers, Officers and Senior Ranks and other ranks, and civilian personnel of TI RBAF.

The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Yang Mulia Ustaz Haji Shahrul Azrimin bin Haji Bidin, Penanjong Garrison Religious Teacher and followed with a speech delivered by Yang Mulia Adjutant of TI RBAF. The Guest of Honour then proceeded with the launching of TI RBAF’s social media platform official Instagram. The event concluded with the recitation of doa penutup and followed by a group photo session.

Adjutant of TI RBAF in his speech among others highlighted on the aim of the opening of Instagram account of TI RBAF which is to enable TI RBAF to share the latest news and information regarding events and activities held by TI RBAF particularly on courses and trainings. He also highlighted that the launching is a manifestation for TI RBAF in line with the rapid growth of technology and a modern awareness approach which will allow TI RBAF to share recent events and updates of TI RBAF to the public especially the youth.​

Majlis Perasmian Media Sosial Platform Instagram IL ABDB 1.jpg
Majlis Perasmian Media Sosial Platform Instagram IL ABDB 2.jpg

Majlis Perasmian Media Sosial Platform Instagram IL ABDB 3.jpg
Majlis Perasmian Media Sosial Platform Instagram IL ABDB 040823.jpg